Blogger Templates

24 February 2010

ABOUT DJ'S RUMPUTT



Kenapa memilih ID rumputt?

ID rumputt sebagai nama pena di internet tercetus selepas melalui pelbagai pengalaman pahit dalam hidup tetapi menjadikan sifat rumput itu sendiri sebagai penguat semangat untuk terus menjalani kehidupan. ‘Jadilah rumput yang lemah lembut, tak luruh dipukul ribut’ adalah lirik bagi sebuah lagu nasyid. Lirik inilah yang saya aplikasikan dalam diri saya untuk dijadikan sebagai panduan. Walau bagaimanapun, penambahan huruf ‘t’ digunakan bagi membezakan antara ID internet saya dan nama tumbuhan.

Utara.FM

Nama DJ rumputt tercipta selepas terbinanya radio online berkomuniti pertama di Sabah iaitu PONET.fm yang dibina pada akhir tahun 2008. Selepas beberapa ketika, radio ini telah dinaiktaraf menjadi Utara.FM dan telah dilancarkan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi, mantan Perdana Menteri Malaysia ke-5 pada 25 Julai 2009 di Rest House Lohan, Ranau sebagai radio rasmi Gabungan NGO Sabah. Radio ini boleh didengar menggunakan frekunsi internet di http://www.utarafm.net. Kini radio ini beroperasi 24 jam dan mempunyai seramai 13 orang penyampai sukarela iaitu DJ Aldusuni (Ranau), DJ PP (Pulau Pinang), DJ LUGU (Jepun), DJ mka (Kota Marudu), DJ siiputt (Pitas), DJ NONG (Kota Marudu), DJ AKU (Melaka), DJ TT (Melaka), DJ LM ( Kuala Lumpur), DJ kupang (Kota Kinabalu), DJ Tompinai (Kota Marudu) dan DJ Batman (Tandek). Pada masa ini konti utama sementara Utara.FM terletak di Kg. Pinggan-Pinggan, Pitas yang dinamakan Gerai PONET. Tagline bagi Utara.FM ialah ‘Macam biasa juga bah…’. Radio ini adalah radio rasmi untuk portal Sabahan iaitu 1SABAH.NET.

No comments: